Thursday, February 10, 2011

ALLAH SWT SANGAT MENCINTAIMU....

Bila ALLAH memberimu petunjuk,

Maka ketahuilah bahawa DIA mencintaimu..

Bila ALLAH memberimu kesempitan, kesulitan dan musibah,

Maka ketahuilah bahawa DIA mencintaimu dan ingin mendengar suara doa dari bibirmu...

Bila ALLAH memberimu sedikit,

Maka ketahuilah bahawa DIA mencintaimu,

DIA akan memberimu banyak lagi di akhirat...

Bila ALLAH memberimu rasa redha,

Maka ketahuilah bahawa DIA mencintaimu,

DIA telah memberimu nikmat terindah...

Bila ALLAH memberimu kesabaran,

Maka ketahuilah bahawa DIA mencintaimu,

DIA memasukkanmu dalam golongan orang-orang yang beruntung...

Bila ALLAH memberimu keikhlasan,

Maka ketahuilah bahawa DIA mencintaimu,

Maka ikhlaslah kepadaNYA...

Bila ALLAH memberimu cita-cita,

Maka ketahuilah bahawa DIA mencintaimu,

DIA ingin kamu bersyukur...

Bila ALLAH memberimu kesedihan,

Maka ketahuilah bahawa DIA mencintaimu,

DIA sedang menguji keimananmu...

Bila ALLAH memberimu harta,

Maka ketahuilah bahawa DIA mencintaimu,

Maka janganlah bakhil kepada yang fakir...

Bila ALLAH memberimu kefakiran,

Maka ketahuilah bahawa DIA mencintaimu,

DIA telah memberimu sesuatu yang lebih berharga dari harta...

Bila ALLAH memberimu lisan dan hati,

Maka ketahuilah bahawa DIA mencintaimu,

Pergunakanlah dalam kebaikan...

Bila ALLAH memberimu nikmat Islam, solat, shiyam, qiyam, Al-Quran, tarbiyah,

Maka ketahuilah bahawa DIA mencintaimu,

Jangan kau abaikan dan kerjakanlah...

Bila kau sudah tahu bahawa ALLAH mencintaimu,

Maka mengapa kau diam saja..???

Berikanlah seluruh cintamu kepada-NYA...


0 comments:

Post a Comment